Saturday, August 11, 2012

LailatulQadar

Salam alaik sahabat2. 

hari ini dah masuk malam Ke-23 kita berpuasa. 
jadinya, kini kita sudah melangkau ke fasa terakhir Bulan Ramadhan yakni fasa KESELAMATAN DARI API NERAKA !

yang menarik minat nisa nak tulis di ruangan nih ialah dlam fasa ke-3 nih terdapat satu malam yang dinamakan LAILATULQADR = malam Al-Qadr.

MACAM MANA MALAM AL-QADR BOLEH TERCIPTA ?

kalau kawan2 nak tahu, malam nih tercetus apabila Nabi kesayangan kita yakni Muhammad s.a.w sibuk memikirkan kebajikan ummatnya dan risau akan amalan2 kita. Baginda amat susah hati tatkala memikirkan usia ummatnya yang pendek berbanding ummat Rasul2 yang lain. Lihatlah sahaja bagaimana usia ummat Nabi Nuh. Usia dakwah Nabi Nuh a.s sahaja hampir mencecah 950 TAHUN ! 
Jadi, bagaimana mungkin julat purata usia ummat Muhammad yang boleh hidup hanyalah sekitar 60-an dapat mengumpul pahala ibadah sebanyak ummat2 yang terdahulu telah lakukan ???  Oleh kerana ALLAH s.w.t teramatlah mangasihi Baginda s.a.w,  Allah s.w.t telah mewujudkan satu malam khas buat UMMAT MUHAMMAD YANG BERIMAN iaitu LAILATULQADAR.


APAKAH  KEISTIMEWAAN  MALAM  LAILATULQADAR ?
ALLAH s.w.t telah berjanji, barangsiapa ummat Muhammad yang beribadat pada malam ini, ia diumpamakan seperti telah beribadat selama 1000 BULAN !! Pada malam itu, Para Malaikat akan turun dan mencatat segala amalan para mukmin yang menghidupkan malam itu dengan beribadah kepada Allah. Sepanjang tempoh ibadah itu, Para Malaikat juga akan turut berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan hidup  mukmin yang beribadah itu.. Masyaallah !! sungguh bertuahnya kita.... meh sini nisa tunjukkan kira2 1000 bulan nih bersamaan berapa tahun ??

1 TAHUN = 12 BULAN

1000 BULAN / 12 BULAN    =  83 TAHUN 4 BULAN                  
                                                                                                       
                                                      
itu mengikut perhitungan kita. KALAU MENGIKUT PERHITUNGAN ALLAH s.w.t ???
MASYAALLAH ! mesti bnyak lagi kannn ???


 SYARAT-SYARAT NAK DAPAT PAHALA NIH ?
semua perkara mesti ada syarat2 nya kan ??? hihi. Tapi islam nih mudah. syarat dia mudah je...
1) Semata-mata demi untuk mencari REDHA ALLAH :)
2) mestilah waktunya antara selepas maghrib hingga terbit fajar.
3) kita mestilah solat ataupun beribadah kepada Allah s.w.t

apa syarat beribadah dalam islam ?? 
mudah je, ibadah nih x semestinya kene solat ataupun membaca al-quran, kalau camtuh, bagi kaum Hawa yang diberi Cuti Tahunan dari MAHA PENCIPTA x boleh lah dapat pahala tuh kannn ??
ibadah nih boleh diterjemahkan dalam pelbagai jenis cara. Berzikir pun boleh dikira ibadah. Menuntut ilmu pun dikira ibadah sekiranya segala perkara yang kita lakukan hanyalah semata2 untuk mencari REDHA ILAHI. ^_^
mudah je kannn ????

bagi mereka2 yang susah sngat untuk bangun tengah malam ataupun penat yang teramat, nisah sarankan ketika sujud dalam terawih tuh, sujudlah lama2 sikit. mintak keampunan bnyak2 dan nak diselitkan dengan hajat pon boleh. Itu pun sudah memadai sekiranya anda ini tergolong dalam kategori mereka2 yang liat sangat nak beribadah tengah malam. hihi.

kadang2, kita pasti terjaga seketika tengah2 malam. selalunya dalam sekitar pukul 3 - 4 pagi kann ??? ramai yang beranggapan sekitar waktu itu adalah waktu kemuncak roh2 dan syaitan2 berkeliaran. Jadi mereka takut untuk bangkit dari tidur pada waktu itu. Subhanallah. nih semua hanyalah momokan orang tua dulu2 supaya anak2 mereka x menjadi kutu rayau hingga larut malam. 

Sebenarnya , ada satu rahasia besar yang kalian semua tidak tahu. Kalau kalian tiba2 tersedar di tengah malam, Malaikat yang kejut kita sebenarnya tau !!!. Para Malaikat akan cuba mengejutkan kita supaya beribadah kepada Allah s.w.t setiap kali menjelang tengah malam. Jadi lepas nih, kepada sesiapa yang tiba2 terjaga pagi2 buta, bngunlah sekejap dan berzikir. Ia sebagai tanda penghormatan kita kepada Para Malaikat yang sudah mengejutkan kita tadi. Jadi, sepanjang 10 malam yang terakhir nih, kalau tiba2 terbangun, paling malas pun berdoalah kepada Allah dan mohonlah apa sahaja. Insyaallah akan termakbul .
Tapi yang paling penting sekali, niatlah demi untuk mencari Redha Allah. :)




DOA YANG BOLEH DIAMALKAN PADA MALAM LAILATULQADAR?

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"
Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai memberi keampunan, maka ampunilah daku"  (Riwayat Tirmizi)                                                        
                                
                          JADI, START MALAM NIH, MARI KITA MENCARI MALAM LAILATULQADAR (^_^)v

 

p/s : hanya sekadar perkongsian dari apa yang sudah nisa pelajari dari buku2 mahupun ceramah2 agama. sekiranya terdapat sebarang kekurangan, amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat menegur nisa demi  untuk menegakkan  ilmu ALLAH :)

No comments:

Post a Comment